Sejarah TIME dotCom

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai Time Telecommunications Sdn. Bhd. dan merupakan anak syarikat Time Engineering Berhad. Ia kemudian bertukar nama kepada TIME dotCom Berhad pada tahun 1998.

Pada Mei 2000, pegangan ekuiti dalam Time dotCom Berhad diperolehi oleh Khazanah Nasional sebanyak 30 peratus untuk para pelabur.[4]

Setahun kemudian, syarikat ini tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).[5]

Pada tahun 2006, TIME dotCom memperoleh bidaan dalam spektrum generasi ketiga (3G) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mac bagi memulakan khidmat jalur lebar 3G pada akhir tahun itu.[6] Syarikat ini bekerjasama dengan SKMM bagi melancarkan Projek Nasional Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang menandakan perlaksanaan fasa pertama projek itu untuk negeri Sabah.[7]

TIME dotCom memulakan strategi pemulihannya pada akhir 2008 dengan menjual perniagaan telefon awam di bawah anak syarikatnya, TIME Reach kepada syarikat telefon talian tetap prabayar, Paycomm dengan nilai RM8.3 juta.[8]

Pada Februari 2010, TIME dotCom memperkenalkan Time Fibre Broadband, perkhidmatan capaian Internet berkelajuan tinggi pertama di negara ini yang mampu mencecah sehingga 50 megabit sesaat (mbps).[9]

Pada tahun 2011, pemegang saham minoriti syarikat telah meluluskan undi cadangan pengambilalihan empat syarikat pemain telekomunikasi serantau bernilai lebih RM322 juta bagi menjadikan Time dotCom sebagai peserta telekomunikasi utama serantau pada masa depan.[10]

Rujukan

WikiPedia: TIME dotCom http://www.time.com.my https://www.theedgemarkets.com/article/time-dotcom... https://themalaysianreserve.com/2022/11/22/time-do... https://www.klik.com.my/item/story/1991334/khazana... https://www.klik.com.my/item/story/3497661/3g-akhi... https://www.klik.com.my/item/story/3499405/liputan... https://www.klik.com.my/item/story/4434141/tdc-jua... https://www.klik.com.my/item/story/4853115/tdc-taw... https://www.klik.com.my/item/story/5213619/time-am... https://www.klik.com.my/item/story/560398/time-dot...